Tangkap layar lama ditularkan semula – polis

Dari Penulis

Tangkap layar tular memaparkan seorang lelaki memberikan komen berbaur perkauman di laman sosial Facebook adalah kejadian pada 2019, yang ditularkan semula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata ini hasil siasatan pihaknya yang telah mengesan sebaran sebuah tangkap layar di Facebook ‘Kerajaan Perpaduan YDPA’. 

“Semakan mendapati tangkap layar berkenaan adalah dipetik pada 2019 yang telah kita semak hasil laporan polis di Balai Polis Lahat mengenai isu sama. 

“Kes itu telah disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 malah tertuduh telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman RM1,000 dan RM5,000 serta tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret dan Sesyen Ipoh, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata tindakan tegas akan diambil jika mana-mana pihak dikesan menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan isu-isu sensitif sehingga boleh mengancam ketenteraman awam.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi lanjut sekiranya telah menerima tangkap layar berkenaan.

“Jangan kita tularkan sesuatu isu yang lama atau dikitar semula kerana ia boleh datangkan mudarat serta kegusaran dalam kalangan masyarakat, jangan kongsi jika tidak pasti,” katanya.

— BERNAMA 

Tuesday , 27 December 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahu anak jadi calon DUN Rengit punca Puad keluar UMNO – Asyraf Wajdi

KEPUTUSAN Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi keluar parti berpunca daripada kekecewaan kerana anaknya tidak dipilih sebagai calon Dewan Undangan...

More Articles Like This