PEMAIN pertahanan negara, Dion Cools, 26, kini sah berhijrah ke Thailand dan menyertai kelab gergasi negara itu, Buriram United.
Kelab berkenaan mengumumkan ketibaan Cools sebagai pemain baharu menerusi Twitter miliknya semalam.
Juara lapan kali Liga 1 Thai itu dalam kenyataan memaklumkan kehadiran Cools adalah bagi memenuhi kuota pemain ASEAN di pasukan terbabit.
“Buriram United mencapai persetujuan untuk menandatangani Cools, bintang bola sepak kebangsaan Malaysia yang boleh bermain di sayap kanan, bek kanan dan bek tengah,” kata kelab itu.
Cools memilih untuk menyertai Buriram United selepas kontraknya bersama kelab Republik Czech, FK Jablonec berakhir pada hari ini.
BERITA BERKAITAN Ini mungkin persembahan terburuk, saya minta maaf – Dion Cools
Buriram yang letaknya hampir 400km dari Bangkok, mendahului Liga Thai dengan 39 mata selepas 15 perlawanan.
Khabar angin Cools akan bermain di Thailand tersebar luas baru-baru ini apabila salah satu laman sukan di Thailand iaitu One Man Show memaparkan gambar pemain itu sambil meletakkan kapsyen ‘Selamat datang ke Thailand tidak lama lagi.’
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

