Cools sertai Cerezo Osaka, pemain Malaysia pertama beraksi di Liga Utama Jepun

Dari Penulis

PERTAHANAN tengah kebangsaan, Dion Cools bakal mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam liga utama Jepun selepas melengkapkan perpindahan secara tetap ke Cerezo Osaka.

Kelab Liga J1 itu dalam kenyataan memaklumkan pemain berusia 29 tahun berkenaan akan menyertai pasukan selepas menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan yang kini sedang melakukan persiapan menghadapi Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F kempen Kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun ini.

“Cerezo Osaka dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Dion Cools telah menyertai kelab ini dari Buriram United FC (Thailand) secara perpindahan tetap.

“Beliau juga telah dipilih menyertai skuad kebangsaan Malaysia bagi saingan Kelayakan Piala Asia 2027. Cools akan terlibat dengan tugasan antarabangsa bermula 5 Jun dan dijadualkan menyertai pasukan selepas menamatkan komitmennya bersama skuad negara,” menurut kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: JDT bagi ‘klu’, Dion Cools bakal ke Harimau Selatan?

Cools yang sebelum ini pernah beraksi di Eropah bersama Club Brugge, Belgium dan FC Midtjylland dari Denmark turut menyatakan keterujaannya untuk memulakan lembaran baharu bersama kelab Liga J1 itu.

“Saya benar-benar gembira kerana mendapat peluang untuk datang ke Jepun serta Osaka dan saya amat bersyukur atas kesempatan ini. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan, barisan kejurulatihan serta semua peminat dan penyokong secepat mungkin.

“Saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan menang sebanyak mungkin perlawanan dan mencapai matlamat kami. Terima kasih atas sokongan anda,” kata pemain warisan Harimau Malaya itu.

Cools telah membantu juara Liga 1 Thai Buriram United merangkul beberapa kejuaraan domestik serta Kejohanan Kelab ASEAN 2024/2025 sejak menyertai pasukan Thunder Castle pada Januari 2023.

Sementara itu laman rasmi Harimau Malaya, Malaysia NT turut mengucapkan tahniah kepada Cools kerana menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam liga terbaik Asia bersama Cerezo Osaka.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This