“Kita dah banyak makan makanan bernajis,” – Cuci ayam tak bersih, air bercampur darah tak suci dari sudut hukum

Dari Penulis

Kita seringkali terlepas pandang suci dan bersih dari sudut hukum terutamanya dalam membersihkan bahagian dalaman ikan, daging dan ayam. Malah ada segelintir yang mengambil enteng akan perkara ini, alasannya kekurangan masa dan dirasakan proses membersihkan tadi sudah cukup sempurna.

Menurut Muharrik Daie dalam perkongsiannya, andai penyucian makanan tadi tidak bersih, haram untuk makan makanan tersebut kerana ia dihukum sebagai najis.

Tegasnya, individu yang berniaga perlu belajar ilmu fardhu ain kerana makanan yang tidak dibasuh mengikut hukum syarak dan kotor dengan najis dari air mutanajis, kesannya akan berdosa seumur hidup dan menyebabkan umat Islam lemah dalam berbuat ibadah.

“KITA DAH BANYAK MAKAN MAKANAN BERNAJIS

Kak, saya nak tegur sikit.” Ujar ku pada pembantu warung makanan disebuah restoran setelah dia habis mencuci ikan daging dan ayam untuk masakan tengaharinya.

“Kenapa encik?” Soalnya pada aku dalam keadaan wajah yang sedikit terkejut.

“Begini kak. Tadi waktu saya ketandas tadi, saya nampak akak cuci daging.”

Belum sempat aku habis terangkan, dia terus memotong cakap aku. “Kotor ke encik?”

“Taklah kak. Makanan akak basuh tu cantik, cumanya akak cuci dan bilas daging dan ayam tu tak betul. Bersih memang nampak bersih tapi tak sucilah kak dari sudut hukumnya. Najis.” Ujar ku.

“Maksud encik?” Tanyanya pada aku dengan wajah sikit berubah.

“Akak cuci daging, ayam dan ikan tu tak ikut hukum. Sepatutnya bilasan terakhir tu akak kena lalukan air dari paip atau akak cucurkan air dari atas daging tu tadi. Tak boleh kocak kocak bilas dalam besen macam tu saja sebabnya air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah.”

“Tokey ajar macam tulah encik. Akak ikut jerlah.” Ujar akak itu lagi.

“Salah tu kak. Lain kali akak jangan buat macam tu. Memanglah nampak macam bersih tapi hakikatnya najislah kak. Naya pelanggan makan najis.” Ujar ku sambil berlalu.

Akak itu angguk angguk saja.

Sebab itu aku ni jarang nak makan kat kedai, takut termakan najis. Geli lagi. Kalau kita tahu cara cuci yang tak betul itu, haram kita makan makanan tersebut sebab dihukum najis. Kalau aku makan kat kedai pun aku tengok tengok juga. Kalau aku yakin tuan kedai tu pandai orang yang mengaji dan pandai ikut hukum, aku makan lah. Jika tidak memang aku tak makan.

Sebab itu ulama kata, kalau nak berniaga pun kena mengaji ilmu fardhu ain. Kena ajar pembantu kedai dan pekerja kedai akan fardhu ain .Kalau tidak sampai mati kita bagi orang makan najis. Sikit punya dosa ke?

Pekedai satu hal. Kita pun yang nak makan ni pun kena jaga jaga juga. Kalau kita pun jahil ilmu dan main belasah jerlah. Jawabnya berdosa sajalah kita sepanjang hayat .Sebab itu kita lemah nak buat ibadah sebab banyak makan makanan kotor yang bernajis.

Bayangkan kalau kamu pun tak mengaji fardhu ain. Isteri kamu pun tak mengaji fardhu ain apa lagi bab beesuci ni, sampai matilah isteri kamu basuh makanan tak ikut hukum syarak sehingga makanan kamu pun kotor najis dari air mutannajis. Apa akan jadi? Itu baru bab najis, belum lagi bab bersuci yang lain.

Sebab itu jangan pandai nak kawin dan poligami saja tapi ilmu agama fardhu ain  pun kelaut.

Hati hati lah.

Wallahu aklam

#muharrikdaie.”

Kredit : Muharrik Daie


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This