PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PNBMV) mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 pada Mei tahun lepas telah ditahan polis.
Memetik laporan Bernama, penceroboh tersebut telah ditahan pada hari yang sama dan didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Kami ingin menekankan bahawa aksi itu menyalahi undang-undang dan berbahaya, sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja di tapak pembangunan.
“Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel : Video YouTuber ceroboh Menara Merdeka 118 pada Mei 2022
Tapak Menara Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan PNBMV yang akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatannya.
“Menceroboh ialah kesalahan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya”.

UtusanTV sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah pun membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
Empat individu dipercayai warga asing menceroboh sehingga ke puncak Menara Merdeka 118 adalah video berlaku pada Mei 2022.
Dalam video berdurasi tujuh minit 18 saat dimuatnaik ke Youtube, kumpulan berkenaan berkongsi video ‘pencerobohan’ pada 30 Disember lalu.
Empat individu tersebut masuk ke tapak Menara Merdeka 118 itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.
Kumpulan berkenaan sebelum itu turut memanjat ke bahagian bumbung sebuah hotel bersebelahan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Mereka didapati menceroboh dengan menggunakan tangga kecemasan menara tersebut secara senyap-senyap sebelum bertindak memotong kunci dan jaring keselamatan di tangga berkenaan.
Keempat-empat individu tersebut kemudiannya duduk di bahagian puncak dan mengambil gambar pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
Difahamkan, mereka mengambil masa enam jam untuk sampai ke puncak Menara Merdeka 118 itu.
Sementara itu, polis melakukan siasatan bagi mengenal pasti ketulenan video pasangan dipercayai warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118, baru-baru ini.
Pasangan itu yang dikenali sebagai Ivan Beerkus dan Angela Nikolau disiasat kerana disyaki menceroboh bagi memanjat bangunan berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

