Nabila Razali pilih Khai Bahar sebagai ‘pasangan’ baharu bagi projek istimewa Selagi Ku Ada

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Nabila Razali dan Khai Bahar membuka tahun baharu dengan buah tangan istimewa buat peminat mereka menerusi lagu duet Selagi Ku Ada.

Nabila melahirkan rasa teruja dan penghargaan kepada Khai kerana kesudiannya untuk menghasilkan sebuah karya yang disifatkan istimewa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur rancangan untuk menghasilkan lagu duet berjalan lancar. Juga berterima kasih kepada Khai yang sudi untuk menjadi rakan duet saya.

“Projek ini saya sifatkan cukup istimewa buat saya sekaligus menjadi pembuka tahun baharu 2023 dengan karya pertama bagi tahun ini. Saya harap lagu ini dapat diterima peminat kami dan disukai pendengar muzik tempatan.

“Walaupun jadual agak padat, tapi Khai memberikan sepenuh komitmen ketika merakamkan lagu ini dan termasuklah ketika penggambaran muzik video di Janda Baik, Pahang,” katanya kepada URTV.

Nabila Razali dan Khai Bahar ketika di sidang media Selagi Ku Ada yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini

Dalam pada itu, Nabila juga berkongsi azamnya pada tahun ini yang mahukan satu pembaharuan dalam diri serta kerjaya.

“Saya dah tak nak orang komen kata ‘Nabila Razali tak boleh menyanyi dan sebagainya’ pada tahun ini. Jadi, apa yang cuba saya lakukan ialah berusaha untuk perbaiki diri.

“Adakalanya saya akui bagus sebenarnya bila orang meninggalkan komen sedemikian sebab sekurang-kurangnya saya tahu di mana kekurangan yang perlu saya mantapkan.

“Saya harap 2023 akan jadi tahun yang baik buat saya. Saya ada banyak benda nak kongsikan kepada pendengar dan peminat saya.

“Jadi saya harap kali ini pada tahun 2023 orang di luar sana buka mata, buka minda untuk fokus dengan karier seni saya berbanding bertanya hal peribadi. Saya harap orang akan lebih hargai hasil-hasil kerja saya dan artis tempatan,” ujarnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Selagi Ku Ada di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini.

Selagi Ku Ada merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea Azizan yang juga dijadikan runut bunyi drama Kerana Cinta Itu Ada juga lakonan Nabila Razali dan Aedy Ashraf.

Drama tersebut sedang bersiaran di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 petang.

Sementara itu, Khai pula berkata, ini merupakan kolaborasi yang sememangnya ditunggu-tunggu.

“Alhamdulillah, ini adalah kolaborasi yang saya nantikan dan bersyukur semuanya berjalan seperti dirancang.

“Pertama kali dengar lagu ciptaan Amylea membuatkan saya teruja dan berharap peminat juga dapat jatuh cinta dengan lagu ini.

“Saya dah pernah berduet dengan beberapa penyanyi wanita lain tetap Nabila belum lagi. Bila dapat peluang rakamkan lagu Selagi Ku Ada, saya memang tak tunggu lama untuk menyatakan persetujuan.

“Lagu ini mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua,” ujarnya.

Muzik video diarahkan sendiri oleh pengarah drama Kerana Cinta Itu Ada iaitu Azri Izhar.

Ia juga merupakan kolaborasi empat syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global Keynote, Alternate Records Sdn Bhd & Grateful Music Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Selagi Ku Ada boleh didengar di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This