Gandingan Nabila Razali, ALVN & Haziq Hussni dalam Sesaat Lebih

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Viu mempertaruhkan sebuah lagi naskhah tempatan menerusi siri Viu Original Sesaat Lebih (Just A Little Longer).

Drama komedi romantik yang mengandungi 12 episod itu mengangkat kisah cinta, kehilangan serta peluang kedua dalam kehidupan.

Screenshot

Setiap episod baharu akan disiarkan setiap Khamis dan Jumaat secara eksklusif di aplikasi Viu.

Sesaat Lebih mengisahkan perjalanan emosi Adelia lakonan Nabila Razali, seorang wanita berkerjaya yang berdepan detik paling getir apabila suaminya, Haoyu (ALVN), meninggal dunia secara tiba-tiba.

Ketika Adelia cuba bangkit daripada kesedihan dan membina semula kehidupannya bersama anak perempuan, kemunculan semula Adeef (Haziq Hussni), sahabat lama Haoyu sejak zaman universiti, mengimbau memori silam sekali gus membuka ruang kepada proses penyembuhan, pencarian diri serta harapan baharu.

Screenshot

Siri ini turut dibintangi barisan pelakon berpengalaman seperti Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza, yang melengkapkan penceritaan dengan lapisan emosi tersendiri.

Drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin, diterbitkan oleh Global Film Sdn Bhd, dengan idea asal dan skrip hasil sentuhan Liza Nur.

Menariknya, Sesaat Lebih turut menampilkan lagu tema rasmi berjudul “Sampai Jumpa”, hasil kolaborasi istimewa tiga bintang utama drama ini iaitu Nabila Razali, ALVN dan Haziq Hussni.

Screenshot

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This