Lebih 100 sekolah di Kelantan mohon khidmat pengiring keluarkan BAP

Dari Penulis

LEBIH 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bank.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permohonan itu dibuat oleh guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula minggu lepas.

“Pihak polis mengambil perhatian serius terhadap permohonan berkenaan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang besar.

“Kita nasihatkan supaya pihak sekolah buat permohonan ini untuk menjamin keselamatan ketika mengambil wang,” katanya kepada pemberita selepas Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)/SISKOR/ SISPA/PALAPES Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama pelajar SMK Raja Sakti, hari ini.

Muhamad Zaki berkata selain pihak sekolah, pihak lain yang memerlukan perkhidmatan pengiring untuk mengambil wang dalam jumlah yang besar juga boleh membuat permohonan berkenaan.

“Permohonan ini perlu dibuat awal bagi memudahkan pihak polis untuk membuat perancangan termasuk untuk mengelakkan waktu puncak yang akan berlakunya kesesakan jalan raya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This