SEORANG penggemar ikan hiasan terpaksa berputih mata apabila seeokor ikan arowana bernilai RM1,429 atau 5 juta rupiah digoreng oleh dua anak perempuannya.
Kejadian berlaku di Tanjung Balai, Sumatera Utara pada 11 Januari lalu.
Memetik laporan Detik News, lelaki yang dikenali sebagai Nizam Nababan itu telah mengikhlaskan ‘pemergian’ ikan arowana jenis “super red short body”.
Malah, Nizam juga berkongsi detik-detik memotong isi ikan arowana yang dijadikan juadah makanan di laman Facebooknya.
“5 Juta Kelen Bagikan merata, Boruku Hasian… Bermula dari Kelen Catch Up hingga Kelen Goreng Ikan Arwana Super Merah Abi ya Boru,” tulisnya dalam hantaran itu.
Baca artikel : Petua Orang Lama, Pilih Ikan Segar
Jelas Nizam, dia tidak menyedari anaknya menangkap ikan arowana itu kerana berada di tingkat dua rumah ketika kejadian.
“Ikan ini tidak mati, masih hidup sihat. Tiba-tiba sahaja tidak tahu mengapa anak perempuan saya mengambil ikan itu dari akuarium,” ujarnya.
Menurutnya lagi, Nizam hanya menyedari perkara tersebut apabila diadu oleh isterinya.
“Anak perempuan saya kata dia teringin makan ikan arowana goreng, jadi dia ambil lah.
“Dia tidak tahu harga ikan arwana itu sampai 5 juta rupiah,” katanya.
Difahamkan, pada Mei 2022, seekor ikan arwana jenis “super red” dalam koleksinya mati akibat sakit lalu dipanggang dan dijadikan juadah buat rakannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

