Petua Orang Lama, Pilih Ikan Segar

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Bagaimana cara untuk membezakan ikan yang segar dengan yang tidak segar? Tidak ramai yang mahir dan tahu caranya. Jom kita ikut tip orang lama, memilih ikan segar dengan mudah.

  • BAU
    Pastikan ikan tidak berbau hanyir dan busuk. Itu petanda ikan masih segar. Jika bau ikan meloyakan, itu tandanya ikan yang sudah lama.
  • MATA
    Mata ikan yang segar akan kelihatan jernih, terang dan cembung. Manakala ikan yang tidak segar pula matanya suram, merah dan tenggelam.
  • KULIT DAN SISIK
    Kulit ikan yang cerah berkilat dan sisik yang melekat kuat, itu ikan yang segar. Jika tidak, kulitnya pudar dan mempunyai sisik yang kusam dan mudah tertanggal.
  • ISI
    Isi ikan atau dagingnya apabila ditekan, terasa keras dan ia akan menganjal kembali ke keadaan asal. Jika isi ikan lembik dan lembut,itu sudah tidak segar.
  • INSANG
    Ini adalah cara yang paling biasa dilakukan apabila memilih ikan. Ikan yang segar insangnya bersih dan berwarna merah cerah. ikan yang tidak segar, mempunyai insang berwarna kelabu atau coklat dan berlendir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This