Dua maut dalam kemalangan lori kontena dekat Plaza Tol Port Dickson

Dari Penulis

DUA disahkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena di Kilometer 259.6 arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson, 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan rentung sementara lori hangus terbakar.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Senawang dengan membawa muatan biji plastik.

“Tiba di lokasi kejadian, pemandu yang berada di lorong kiri telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbakar,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Baca artikel : Warga emas OKU rentung terperangkap dalam kebakaran

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa telah tersepit di kepala lori kontena dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Seremban bagi proses bedah siasat,” ujarnya.

Nanda berkata, punca kemalangan dipercayai kerana pemandu lori kontena gagal mengawal kenderaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This