Polis sahkan suami isteri rentung dalam kemalangan lori kontena

Dari Penulis

POLIS mengesahkan dua individu yang rentung dalam kejadian kemalangan sebuah lori kontena di Kilometer 259.6 arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson pagi tadi merupakan sepasang suami isteri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa dikenali sebagai Mazlan Molot, 48, beralamat Taman Putra Damai, Petaling Jaya dan Fauziah Uyop berusia lingkungan 40-an.

Beliau berkata kemalangan turut melibatkan sebuah kenderaan Proton X70 yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

“Pemandu Proton X70 yang dikenali sebagai Suraj Doshi, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta miliknya rosak di sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Dua maut dalam kemalangan lori kontena dekat Plaza Tol Port Dickson

UtusanTV sebelum ini melaporkan kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Senawang dengan membawa muatan biji plastik.

Sebuah lori kontena terbakar di Kilometer 259.6 arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson.

Bagaimanapun, tiba di lokasi kejadian, pemandu yang berada di lorong kiri telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbakar.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa telah tersepit di kepala lori kontena dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Seremban bagi proses bedah siasat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This