KISAH-kisah kemalangan sering kita dengar setiap hari. Namun, pernahkah anda mendengar kemalangan yang disebabkan oleh makhluk asing? Baca kisah di bawah ini…

Pada  musim panas tahun 1979, dua orang remaja mendakwa terlihat objek bercahaya terang melintasi kereta mereka ketika sedang memandu di jalan raya di Minnesota, Amerika Syarikat.

Sebaik sahaja objek bercahaya tersebut melintasi kereta mereka yang sedang meluncur laju, tiba-tiba kedua­-dua remaja berkenaan mengalami tekanan pada tubuh mereka, seolah-olah ditekan sesuatu sehingga mereka melekap pada tempat duduk masing-­masing. Dalam masa yang sama, kereta yang dipandu hilang kawalan sehingga membuatkan kedua-­dua remaja itu hampir maut melanggar penghadang jalan.

Selang beberapa minggu kemudian, seorang anggota polis turut mengalami perkara yang sama di Minnesota pada pukul 1.40 pagi. Dia gagal mengawal keretanya selepas cahaya ganjil melintasi pemandangannya.

Akhirnya, kereta yang dipandu laju tadi terseret sehingga ke bahu jalan. Anggota polis yang ketakutan itu pitam. Apabila dia tersedar, dia mendapati pengelap cermin keretanya tertanggal selain antena radio kereta tersebut bengkok. Apa yang aneh, paparan waktu pada dashboard kereta menunjukkan lewat 14 minit daripada waktu sebenar.

Menurut Pusat Penyelidikan UFO di Evanston, Illinois, kedua-dua insiden yang menimpa dua orang remaja dan anggota polis berkenaan bukanlah sesuatu yang aneh kerana sudah lebih 400 kes sebegitu dilaporkan di seluruh dunia. Rata-ratanya kes kemalangan atau hampir mengakibatkan kemalangan disebabkan oleh gangguan kuasa elektrokimia sehingga merosakkan enjin dan siaran radio.

Seorang ahli astrofizik, Mark Rodengheir yang menganalisis semua laporan berkaitan kemalangan seperti ini menyatakan, kes begini sukar dihuraikan dengan penjelasan saintifik.

Kenyataannya itu turut mendapat perhatian pengeluar kereta Ford. Mereka membuat pemeriksaan semula kereta yang dipandu anggota polis tadi dan mendapati kenderaan tersebut mengalami fenomena yang tidak dapat dirungkaikan secara teknologi kejuruteraan.

Persoalannya, mampukah kejadian aneh ini dihuraikan dengan teori elektrokimia? Atau mungkin ia sekadar mitos yang sengaja diadakan untuk menarik perhatian dunia terhadap kewujudan makhluk asing?

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare