PEREMPUAN dan solekan bagai irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Salah satu alat solek yang wajib ada dalam koleksi simpanan mereka ialah celak mata (eye liner). Mungkin ramai yang tidak tahu, celak mata merupakan alatan kosmetik yang paling awal dicipta.

Semuanya bermula sejak 10,000 tahun Sebelum Masihi dalam ketamadunan Mesir kuno. Pada asalnya, manusia menggunakan satu pes hitam yang diperbuat daripada mineral dan air. Ia kemudiannya dioleskan ke bahagian bawah dan atas alis mata menggunakan kayu kecil.

Pada ketika itu terdapat juga celak yang diperbuat daripada plumbum yang dianggap sebagai salah satu barangan yang sangat berharga. Bagi orang penting dalam sejarah tamadun Mesir purba seperti Cleopatra dan Raja Tut, mereka memakai celak bukan semata-mata untuk kecantikan.

Menurut kepercayaan mereka, dengan melukis alis mata bukan sahaja mampu melindungi mata daripada cahaya matahari, jangkitan kuman berbahaya, malahan dapat melindungi diri mereka daripada gangguan roh-roh jahat.

Pada zaman itu, celak dipakai tanpa mengira jantina lelaki mahupun perempuan. Oleh itu tidak hairanlah apabila hampir semua golongan wanita pada waktu itu mempunyai tatarias mata yang serupa.

Orang pada zaman Mesir Purba tidak kira lelaki atau wanita memakai celak kerana kepercayaan.

Sekitar tahun 1920-an, pemakaian celak mata mula menjadi trend fesyen. Para wanita mula mengekspresikan diri melalui solekan. Mereka meniru gaya solekan artis-artis terkenal untuk menyerlahkan lagi bentuk mata masing-masing.

Ketika tahun 1950-an, celak berbentuk cecair dicipta. Dengan wujudnya celak mata jenis ini, ia mengaspirasikan solekan mata jenis cat eye seperti yang sering digunakan oleh aktres Hollywood, Marilyn Monroe.

Seiring dengan peredaran zaman, kegunaan celak mata berubah daripada kepercayaan agama sehinggalah kepada menjadi salah satu kepentingan dalam perkembangan fesyen dan kecantikan.

Pelbagai gaya dan jenis lukisan alis mata berkembang seiring dengan peredaran masa. Sehingga ke hari ini, pelbagai versi dan warna celak mata telah dicipta dan sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

Celak yang pada awalnya dipakai untuk sesuatu kepercayaan oleh orang terdahulu kini menjadi salah satu

____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare