Turkiye kutuk sekeras-kerasnya keputusan benarkan bakar al-Quran

Dari Penulis

TURKIYE pada Sabtu mengutuk “perbuatan keji” ke atas al-Quran dan menyifatkan ia sebagai satu “jenayah kebencian secara terang-terangan”, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye.

Menurut kenyataan itu “membiarkan tindakan anti-Islam yang menyasarkan umat Islam dan menghina nilai-nilai suci kita dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara tidak boleh diterima sama sekali.”

Turkiye menyeru pihak berkuasa Sweden untuk mengambil langkah yang perlu terhadap jenayah kebencian ini kerana perbuatan itu satu lagi contoh Islamofobia, gerakan perkauman dan diskriminasi di Eropah yang amat membimbangkan.

Kementerian itu juga menggesa semua negara serta pertubuhan antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit sebagai solidariti menentang Islamofobia.

Kenyataan Turkiye itu dibuat selepas ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan, dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm pada Sabtu.

Baca artikel lain: Sedekah PRU-15: ‘Kalau dia buat sedekah, kalau kita rasuah’ – Ahmad Zahid

Susulan itu, Ankara membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden Pal Jonson yang akan ke Turkiye.

Kementerian Luar Turki pada Jumaat turut memanggil Duta Sweden ke Ankara Staffan Herrstrom.

Minggu lalu, Turkiye meminta Sweden mengenakan tindakan terhadap kumpulan pengganas selepas tunjuk perasaan di Stockholm yang menyaksikan penunjuk perasaan memuat naik rakaman provokasi serta ancaman sebagai bantahan terhadap Turkiye dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Sweden dan Finland secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.

Bagaimanapun, Turkiye yang juga ahli NATO selama lebih 70 tahun menyuarakan bantahan dan mendakwa kedua-dua negara itu menyokong kumpulan pengganas termasuk PKK dan Pertubuhan Fetullah (FETO).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This