Bekas ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita pemergian Abd Rani yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dimaklumkan Pas Selangor menerusi hantaran di Facebook.

Abd Rani, 65, difahamkan meninggal dunia pada pukul 5 pagi tadi di Hospital Banting.

Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Nushi Mahfodz dalam hantaran tersebut berkata, pemergian Abd Rani amat dirasai kerana jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat negeri itu.

Nushi turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Pemergian beliau amat dirasai oleh kita semua kerana jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat di negeri Selangor sepanjang perkhidmatannya.

“Semoga keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi kehilangan ini dan didoakan rohnya bersama para pejuang dan solihin di akhirat kelak,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Toh Puan Mahani, isteri Tun Daim meninggal dunia

Allahyarham menjadi ADUN Meru dari tahun 2008 sehingga 2018 namun tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Beliau merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor antara tahun 2011 hingga 2013.

Abd Rani yang berkelulusan Perubatan dari Mesir turut mempunyai sebuah klinik swasta di pekan Meru sebelum membuat keputusan menyertai politik.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Innalillahiwainnailahirajiun. Salam takziah kepada keluarga dan sahabat Allahyarham Dr Abd Rani Osman, bekas Pesuruhajaya Pas Selangor dan bekas ADUN Meru di atas pemergian Allahyarham pagi ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This