Tunjuk bukti kukuh PN tak rasuah pengundi, Isham cabar Hamzah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) dicabar untuk menunjukkan bukti kukuh sekiranya benar gabungan itu tidak merasuah pengundi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Cabaran itu disuarakan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri hamzah Zainudin.

Menurut Isham, Hamzah perlu menunjukkan bukti kukuh supaya rakyat boleh menilai dan untuk mengelakkan fitnah jika PN berada di pihak yang benar.

Malah, Isham turut meminta PN memberi penjelasan tentang banyak video tular dan laporan polis dibuat berhubung tindakan PN memberi duit kepada pengundi serta meminta penerima duit bersumpah atas nama Allah supaya mengundi Pas.

“Cuba cerita sikit apakah niat PN beri duit kepada pengundi sewaktu pilihan raya itu, Hamzah?

“Dan kamu kata kamu ada bukti kukuh yang PN kononnya tidak rasuah pengundi semasa pilihan raya lepas.

“Jika benar, nyatakanlah bukti kukuh tersebut supaya rakyat boleh menilai dan untuk mengelak fitnah jika kamu benar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: PN sedia buktikan dakwaan sogok pengundi tidak benar

Mengulas lanjut, Isham menegaskan tindakan menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi disifatkan sesuatu yang keji.

Pada masa sama, kata beliau, tindakan menipu untuk menutup amalan rasuah tersebut juga bukan strategi yang baik, umpama menggali lubang lebih dalam untuk menanam diri sendiri.

“Usah memperguna dan menunggang agama untuk menghalalkan yang haram.

“Yang haram tetap haram. Allah Maha Mengetahui apa yang kami dan rakan-rakan kamu buat. Bertaubatlah. Salam,” katanya.

Semalam, Hamzah mendakwa mempunyai bukti untuk menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi pada PRU-15.

Hamzah berkata, pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu, adalah tidak benar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This