bunuh diri kerana protes
Tindakan membakar diri kerana protes tetap dianggap terkutuk dan tidak diredai Allah

Dalam artikel yang lalu kita telah membincangkan berkenaan hukum membunuh diri dan adakah mereka dihukumkan kafir jika yang membunuh diri itu beragama Islam. Dan kali ini kita membincangkan pula bagaimana halnya dengan membunuh diri sebagai protes?

Tidak dinafikan perbuatan ini pernah berlaku sepertimana di Tunisia satu ketika dahulu apabila ada seorang lelaki membunuh diri dengan bertindak membakar dirinya disebuah jalan kerana marah dan kecewa dengan tindakan berkuasa tempatan dan kerajaan Tunisia pimpinan regim Zainal Abidin Ben Ali pada 12 tahun yang lalu.

Tindakan lelaki tersebut akhirnya mencetuskan kebangkitan rakyat yang dinamakan Arab Spring yang merebak hingga ke beberapa buah negara Arab seperti Syria, Libya dan Mesir.

Sememangnya dalam Islam, tindakan membunuh diri kerana tidak puas hati dengan keadaan kehidupan tetap tidak betul dan terkutuk. Walaupun daripada tindakan itu akan mencetuskan kebangkitan rakyat yang membawa kepada perubahan politik lebih baik ia tetap bukan pilihan yang betul. Tetapi lain pula dengan pengebom berani mati tentang hal itu ulama ada membincangkannya. 

Misalnya pengebom berani mati menggempur kem tentera musuh seperti Yahudi dan meletupkan dirinya untuk memusnahkan musuh itu dibolehkan di dalam Islam.

Hal itu adalah mengambil kira peristiwa yang pernah berlaku semasa tentera Islam hendak menggempur tentera musuh yang ramai. Ada sahabat yang menggempur tentera musuh yang ramai seperti membunuh diri namun demikian di dalam memperjuangkan Islam ia tidak dikata membunuh diri.

Kemudian ada satu lagi peristiwa lain iaitu semasa tentera Islam hendak menawan kota Khaibar yang kukuh. Pintu kota saja ada tiga lapis yang sukar untuk dirempuh. Hinggalah ada sahabat yang mencadangkan digunakan pelontar batu untuk mencampakkan salah seorang sahabat ke dalam kota.

Jika diikutkan perbuatan itu seperti membunuh diri atau menyerahkan tengkuk untuk disembelih kerana apabila sahabat dilontarkan masuk ke dalam kota Khaibar belum tentu lagi keselamatannya terjamin?

Mungkin akan terselamat namun besar kemungkinan juga dibunuh oleh tentera. Dengan cara itu, akhirnya sahabat selamat masuk dan dapat buka pintu kota. Di dalam situasi perang seperti itu ia dibolehkan dikira mati syahid kerana menegakkan Islam.

Halnya sama apabila tentera musuh seperti yang pernah berlaku di Iraq dan Afghanistan yang digempur oleh tentera Amerika ketika itu wajib jihad untuk mempertahankan negara dan agama. Ketika  itu boleh meletupkan diri untuk memusnahkan kem tentera musuh yang menyerang masuk dan ia dikira syahid kerana mempertahankan negara.

Begitu juga dengan situasi di Israel, di mana semua orang Yahudi negara tersebut adalah tentera. Pada ketika itu tidak masalah untuk pengebom berani mati meletupkan bas atau kawasan awam keran itu dikatakan jihad.

Dalam masalah itu ia tidak dikira membunuh diri kerana ia dianggap untuk mempertahankan negara dan agama. Tapi mengebom tempat awam itu tidak boleh kerana ia akan mendatangkan fitnah kepada Islam sendiri. Apatah lagi yang menjadi mangsa pula adalah orang awam yang tidak bersalah. Sudah pasti tindakan ini dianggap terkutuk sama sekali. Wallahu a’lam

_______________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’