Gagal capai kata sepakat dengan Fatin Afeefa, Adam Shahz tetap berjuang untuk dapatkan hak penjagaan anak

Dari Penulis

PROSIDING perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal pelakon Adam Shahz dengan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Shah Alam, Shah Alam, Selangor pagi tadi menyaksikan satu prosiding majlis sulh diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak.

Memetik laporan Kosmo Online!, usaha untuk mencari satu penyelesaian dalam tuntutan berkenaan tidak mencapai kata putus.

Justeru, mahkamah menetapkan kes tersebut dibawa di hadapan hakim pada 28 Februari depan.

“Anak guam memberi kerjasama yang baik. Kami juga menghormati proses mahkamah, jadi pada 28 Februari nanti anak guam akan jawab saman (tuntutan hak penjagaan anak),” kata peguam mewakili Fatin Afeefa, Ahmad Hazieq Roshali.

Sementara itu, Adam yang ditemui Kosmo Online! usai prosiding tersebut berkata, dia hanya menunggu keputusan mahkamah selepas ini.

“Insya-Allah mungkin saya akan melantik peguam. Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya. Saya akan berjuang berhabis-habisan.

“Kalau ikutkan perkara ini tidak perlu dijadikan isu walaupun dah bercerai. Cuma saya perlukan hak saya juga,” katanya.

Tambah pelakon drama Juvana itu lagi, sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, dan tiada cara lain untuk berjumpa dengannya melainkan mengheret kes tersebut ke mahkamah.

“Saya tidak ada tuntut apa-apa pun. Kalau tidak dapat tuntut hak penjagaan anak, sekurang-kurangnya beri hak untuk melawat.

“Saya sendiri tak tahu anak saya dekat mana sekarang sebab Fatin, mak mentua dan pihak sebelah sana sudah menyekat nombor telefon saya jadi saya tak boleh nak berhubung mengenai hal anak.

“Apa yang saya dapat tahu, ada orang sampaikan yang anak saya sekarang di hantar ke sekolah asrama,” ujarnya.

Untuk info, Adam dan Fatin berkahwin pada Disember 2013, namun bercerai sekitar Mei 2017


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This