POLIS mengesahkan tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian tular membabitkan seorang lelaki memukul wanita di tepi jalan dekat Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang, Paloh 2, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi perkongsian video oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ma’k Ri Fat, 3.11 petang semalam.
“Tarikh dan masa kejadian berlaku tidak dapat dikenal pasti.
“Bagaimanapun, semua ketua balai polis telah diarah untuk mengesan suspek berdasarkan tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca : Maut dipukul guna kerusi plastik kerana hutang RM250
Choon Foo berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami

