Maut dipukul guna kerusi plastik kerana hutang RM250

Dari Penulis

HANYA kerana gagal membayar hutang sebanyak RM 250, seorang lelaki warga emas nekad memukul rakan lama sehingga maut di hadapan kedai makan dekat Jalan Prima 2, Metro Prima Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, satu pergaduhan telah berlaku membabitkan suspek dan rakannya di hadapan kedai makan.

“Mangsa berusia 76 tahun meninggal dunia di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

“Mangsa telah dipukul menggunakan kerusi plastik sebelum membalas serangan suspek dengan menggunakan sebatang rod kabel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pergaduhan terbabit telah dileraikan oleh Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Mangsa kemudian beredar sebelum rebah dan meninggal dunia.

Baca artikel : Warga China pandu Hilux kena pukul, didakwa sebabkan penghantar makanan maut

Eng Lai berkata, suspek berusia 63 tahun itu ditahan di Balai Polis Kepong pada pukul 11 pagi semasa hadir membuat laporan mengenai kejadian pergaduhan.

“Sebuah kerusi plastik warna putih dan sebatang rod kabel warna hitam yang digunakan dalam pergaduhan itu telah dirampas untuk siasatan lanjut. 

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Kerusi plastik warna putih dan sebatang rod kabel warna hitam yang digunakan dalam pergaduhan. GAMBAR: Polis.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sementara mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung atau ‘Ischaemic Heart Disease Due To Coronary Artery Atherosclerosis’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This