PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tidak boleh ada ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘duri dalam daging’ dalam parti.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri I berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya ada dalam kalangan ahli UMNO menyentuh soal integriti parti itu.
“Serangan bukan hanya datang dari luar (parti), kita kenal musuh di luar, kita kenal juga musuh di dalam, baling batu sembunyi tangan sangat banyak, tetapi saya harus bersangka baik dengan semua orang dalam perkara ini.
“Tetapi sebagai seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin sebuah parti terbesar orang Melayu dan Islam, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu terus berlaku?
“Saya mesti berusaha bukan saya benci, tidak ada satu zarah, satu molekul rasa benci kepada mana-mana individu, tetapi parti mesti diselamatkan,” katanya memetik laporan Bernama.
Baca lagi: Progam pembangunan luar bandar harus relevan – Zahid Hamidi
Mengulas lanjut, ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau amat menitikberatkan penyatuan dalam UMNO dan berpegang kepada perkara tersebut.
Antaranya, jelas beliau adalah penyatuan pemikiran dalam kalangan kepimpinan, penyatuan hati nurani dalam kalangan kepimpinan dan penyatuan tindakan pelaksanaan kepada aktiviti jentera parti.
Menurut Ahmad Zahid, perkara tersebut mungkin sukar difahami segelintir pihak tetapi tidak sukar untuk beliau melaksanakannya.
“Saya meraikan perbedaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh, saya tidak boleh berkompromi lagi dalam perkara ini, yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram