Messi pertimbang beraksi di Piala Dunia 2026

Dari Penulis

KAPTEN pasukan bola sepak Argentina, Lionel Messi mungkin akan beraksi pada Piala Dunia FIFA 2026 tetapi ia bergantung kepada ‘banyak perkara’.

Penyerang Paris Saint-Germain itu sebelum ini dilaporkan berkata aksi di Piala Dunia 2022 Qatar akan menjadi penampilan terakhirnya.

Kejayaan Argentina yang menyaksikan Messi menjaringkan tujuh gol dan memenangi anugerah pemain terbaik telah mendorongnya untuk mempertimbangkan semula kemungkinan beraksi dalam Piala Dunia, lapor Xinhua.

Baca artikel berkaitan: Di Sebalik Qatar 2022 (Edisi Akhir) – Syabas Qatar, Tahniah Argentina dan Messi Pemain Terbaik Sepanjang Zaman!

Messi akan berusia 39 tahun pada penganjuran Piala Dunia 2026 akan datang yang diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

“Saya suka bermain bola sepak, saya suka apa yang saya lakukan dan selagi saya sihat dan berasa cergas, saya akan melakukannya. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan sehingga Piala Dunia akan datang.

“Saya akan melihat ke mana arah kerjaya saya, apa yang akan saya lakukan dan ia bergantung kepada banyak perkara,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada akhbar sukan Argentina, Ole.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This