Di Sebalik Qatar 2022 (Edisi Akhir) – Syabas Qatar, Tahniah Argentina dan Messi Pemain Terbaik Sepanjang Zaman!

Dari Penulis

OLEH: SYED SAGGAF (LIPUTAN DARI QATAR)

Berlabuhlah tirai Piala Dunia Qatar 2022 dan setelah hampir sebulan kita disajikan dengan 64 perlawanan menarik di lapan stadium serba canggih, Qatar telah berjaya menjalankan tugas mereka sebagai tuan rumah dengan sangat cemerlang!

Dan perlawanan akhir antara Argentina dan Perancis malam tadi adalah antara perlawanan terbaik di dalam sejarah Piala Dunia dan amatlah layak dan sesuai menjadi penutup temasya bola sepak gilang gemilang ini.

Di atas padang, Piala Dunia kali ini merupakan salah satu Piala Dunia yang sangat menarik dengan banyak kejutan berlaku dan juga secara keseluruhannya, jurang antara pasukan ternama dan pasukan-pasukan lain telah dikecilkan.

Sebagai bukti, menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan, hampir semua pasukan mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Kejayaan beberapa pasukan terutamanya pasukan dari Afrika dan Asia seperti Maghribi yang berjaya layak sehingga ke separuh akhir, dan juga Jepun, Korea, Senegal dan Australia yang berjaya ke pusingan kedua, amatlah membanggakan.

Qatar 2022 juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila ia merupakan Piala Dunia dengan jumlah jaringan terbanyak iaitu sebanyak 172 gol dengan purata 2.68 setiap perlawanan.

Oleh kerana saya agak bertuah pada Piala Dunia kali ini dengan saya mendapat peluang untuk menyaksikan 10 perlawanan di Doha, saya selalu disuruh untuk berkongsikan pengalaman saya menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung di stadium.

Soalan yang sering ditanya adalah apakah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan di antara perlawanan yang saya hadiri sepanjang dua minggu di Doha.

Baca artikel berkaitan: Selepas 36 tahun, Argentina kembali julang Piala Dunia dengan menewaskan Perancis

Jawapan konsisten yang saya berikan adalah, daripada lebih kurang 1000 minit perlawanan yang saya saksikan, apa yang masih kekal dalam memori saya adalah menyaksikan Lionel Messi bermain ketika Argentina menewaskan Australia di pusingan kedua.

Apa yang lebih hebat adalah, secara keseluruhannya, Messi hanya “bermain” selama lebih kurang 20 minit sahaja! Selebihnya, dia hanya berlegar-legar di atas padang.

Tetapi dalam 20 minit itu, segala galanya adalah magis! Ia merupakan satu kenangan paling manis dan juga merupakan satu penghormatan untuk saya menyaksikan Messi beraksi.

Jadi Messi kini bergelar juara dunia adalah pencapaian kemuncak bagi seorang lagenda kerana kini dia telah memenangi segalanya yang ada untuk dimenangi.

Dalam perlawanan akhir semalam juga kita berpeluang untuk menyaksikan kehebatan Kylian Mbappe yang menjaringkan hatrik pertama di perlawanan akhir Piala Dunia setelah Sir Geoff Hurst melakukannya pada tahun 1966 ketika membantu England menjadi juara.

Ia adalah sangat jelas bahawa Mbappe, pada umur 23 tahun, adalah penyambung legasi generasi terdahulu seperti Messi, Cristiano Ronaldo dan juga Luka Modric.

Dia masih berpeluang untuk beraksi di dalam sekurang kurangnya tiga Piala Dunia akan datang dan pada ketika ini, rekodnya amatlah menggerunkan semua orang.

Di dalam dua edisi Piala Dunia yang dia sertai, dia kini mempunyai 12 gol daripada 14 perlawanan. Rekod sekarang ini dipegang oleh Miroslav Klose yang menjaringkan 16 gol daripada 24 perlawanan.

Mbappe pada usia 23 tahun mempunyai statistik yang jauh lebih baik daripada Ronaldo dan Messi dan hampir pasti jika dia mengekalkan prestasinya, segala rekod akan dia pecahkan.

Sebagai pengakhiran, Messi kini adalah pemain terhebat sepanjang zaman yang tidak boleh disangkal lagi!

Penulis ialah ketua pegawai eksekutif syarikat minyak dan gas yang meminati sukan bola sepak

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Konflik Asia Barat: Rakyat perlu sedia hadapi gelombang kenaikan kos hidup

KONFLIK Asia Barat yang membawa kepada krisis tenaga global memberi kesan ketara kepada fiskal negara, sekali gus mencetuskan kebimbangan...

More Articles Like This