Tiada Langkah St Regis, itu pertemuan rasmi, kata Ismail Sabri

Dari Penulis

DAKWAAN bahawa wujud rundingan pintu belakang bagi menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikenali sebagai Langkah St Regis disifatkan tidak benar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menafikan kewujudan rundingan pintu belakang itu turut mengatakan tuduhan itu sebagai penipuan.

Sebaliknya, Ismail Sabri yang hadir ke Hotel St Regis pada ketika itu menyifatkan pertemuan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu adalah perbincangan rasmi yang dipersetujui Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Malah, kata beliau Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut hadir dalam rundingan tersebut.

“BN pergi ke Hotel St Regis mengadakan perundingan dengan PN. Maka, tidak timbul Langkah St Regis seperti didakwa. Itu menipu malah, Dr Zambry sendiri hadir dalam rundingan itu.

“Pertemuan itu adalah rasmi. Sebelum itu, kami berunding dengan PH seperti dilihat di Hotel Seri Pacific. Kita sampaikan permintaan dan syarat kita. Saya tidak hadir kerana menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Melalui dua rundingan itu, PH setuju semua permintaan BN, manakala PN menyatakan satu dua permintaan seperti jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri mereka mahu rundingkan semula,” katanya memetik laporan BH Online.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, Dewan Tertinggi BN dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang buat sementara waktu selepas tiada parti dapat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Baca artikel berkaitan: ‘Memaafkan tetapi tidak melupakan’, wujud cubaan singkirkan Presiden UMNO

Beliau memaklumkan, BN juga memutuskan untuk mengadakan rundingan dengan PN dan juga Pakatan Harapan (PH).

Pada masa sama, beliau berkata, keputusan menyertai PH dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini masih tidak dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Dengan dua keputusan berbeza daripada PH dan PN, maka semua MP setuju kekal dengan keputusan berkecuali dan mewakilkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Namun, apabila mereka pergi, mereka memberitahu MKT, Yang di-Pertuan Agong meminta parti menyertai Kerajaan Perpaduan dan ini diterima MKT UMNO.

“Perkara ini sepatutnya dibawa kepada BN sebab kita bertanding atas tiket BN. Ini tidak berlaku menyebabkan MCA dan MIC enggan menerima sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu, Ahmad Zahid dilaporkan mengakui wujud gerakan untuk menyingkirkan beliau selepas berakhir PRU-15.

Malah, beliau juga mengetahui cerita rundingan pintu belakang yang didakwanya dilakukan oleh ‘orang kita’ bersama PN dikenali sebagai Langkah St Regis.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu perkara itu menjadi polemik yang boleh menghalang UMNO dan BN mara kehadapan sebaliknya telah memaafkan mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This