Kertas Putih perolehan vaksin buang masa, sudah diluluskan Kabinet

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LANGKAH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 disifatkan hanya membuang masa.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, keputusan perolehan vaksin telah pun dibawa ke Kabinet untuk mendapat kelulusan.

Kebiasaannya, kata beliau, agensi-agensi berkaitan akan memberi ulasan terlebih dahulu ke atas Memorandum Jemaah Menteri untuk perolehan vaksin tersebut.

Justeru, Marzuki berkata, beliau yakin Jabatan Peguam Negara adalah antara agensi yang telah memberi ulasan.

“Saya tak faham kenapa Kabinet seperti yang diumumkan Perdana Menteri buat keputusan untuk bentang Kertas Putih mengenai perolehan vaksin.

“Kononnya perolehan dibuat dengan tidak teratur tanpa kelulusan Peguam Negara.

“Itu hal keputusan Kabinet,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Perolehan vaksin dibuat tanpa persetujuan Peguam Negara – PM

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, isu perolehan vaksin juga telah dibawa ke perhatian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada tahun 2021.

Jelas beliau, PAC dalam laporan setebal 521 muka surat telah mengesahkan perolehan vaksin dibuat secara teratur.

“Pengerusi PAC pada ketika itu ialah Ahli Parlimen DAP, Wong Kah Woh. Nurul Izzah juga anggota PAC pada masa itu.

“Jadi, ke mana nak dibuang laporan PAC setebal 521 muka surat itu? Ini semua kerja buang masa,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mendedahkan bahawa perolehan vaksin COVID-19 dan kos yang dimuktamadkan sebelum ini tidak mengikuti peraturan.

Perdana Menteri berkata, perolehan bagi vaksin itu telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tanpa mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This