Perolehan vaksin dibuat tanpa persetujuan Peguam Negara – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, bahawa perolehan vaksin COVID-19 dan kos yang dimuktamadkan sebelum ini tidak mengikuti peraturan.

Menurutnya, perolehan bagi vaksin itu telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tanpa mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara.

“Kementerian Kesihatan akan membentangkan Kertas Putih mengenai perolehan vaksin dan kos yang berkaitan, sebahagiannya tidak mengikuti peraturan.

“Hal ini akan diselenggarakan oleh Menteri Kesihatan, menteri undang-undang akan menyiapkan kertas menteri atau salah satu kertas menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia salur AS$2 juta kepada Turkiye, Syria

Menurutnya, perolehan sesetengah vaksin diragui dari segi jumlah dan kos terlibat.

“Kertas Putih ini akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan oleh menteri,” katanya.

Ditanya mengenai siapakah Menteri Kesihatan yang terlibat dengan perolehan vaksin tersebut, Anwar tidak menamakannya.

“Ini bukan soal menteri mana tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan,” katanya.

Pada 28 Julai 2021, Kementerian Kewangan menurunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memuktamadkan perolehan vaksin di peringkat kementerian masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This