PTVM harap kerajaan tambah peruntukan untuk penggiat seni, cadang tubuhkan Majlis Kreatif Negara

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berharap kerajaan memberikan tambahan peruntukan kepada agensi kerajaan seperti RTM,Bernama TV dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada pembentangan Bajet 2023.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, ia bagi memastikan lebih banyak penghasilan kandungan kreatif dapat dihasilkan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat industri.

“Perkara ini amat penting memandangkan pada tahun lalu industri kreatif terkesan apabila peruntukan perolehan rancangan di RTM dan dana kandungan digital di FINAS telah dipotong sehingga menjejaskan beratus buah syarikat penerbitan seterusnya melenyapkan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu penggiat industri kreatif tempatan.

“Selain daripada itu, PTVM berharap kerajaan dapat menyediakan dana untuk pembinaan studio ‘outdoor’ untuk set pengambaran program TV tempatan seperti di Korea dan China,” katanya.

Tambah Jurey lagi, bagi memastikan industri kandungan kreatif terus berkembang pesat, isu pemilikan Harta Intelek,suntikan dana yang mencukupi kepada stesen penyiar dan agensi kerajaan menjadi pemangkin industri kandungan kreatif tempatan.

“PTVM yakin dengan sokongan kerajaan dan perancangan yang komprehensif dibawah kepimpinan Fahmi Fadzil selaku Menteri di Kementerian Komunikasi Dan Digital industri kandungan kreatif mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Harapan kami, kerajaan lebih mengambil berat hal ehwal industri dengan lebih banyak melakukan libat urus antara kementerian, agensi dan persatuan industri bagi memastikan segala dasar kerajaan yang akan dilaksanakan mencapai objektif,” jelasnya.

Bagi menjayakan harapan tersebut, PTVM mencadangkan penubuhan Majlis Kreatif Negara yang berperanan sebagai ‘one stop center’ bagi menghubungkan semua agensi dibawah KKD dengan pemain industri kreatif.

“Sebelum ini tidak ada penyelarasan antara agensi di bawah KKD dengan industri yang menyebabkan agensi yang terlibat tidak memperolehi maklumat dan keperluan penerbit dengan tepat.

“Sehubungan dengan itu PTVM ingin memberikan cadangan ini bagi memastikan perancangan dapat dibuat dengan baik berkenaan dasar dan hala tuju industri kandungan kreatif Malaysia,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This