THAILAND membentang permaidani merah hari ini bagi menyambut kehadiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan rasmi dua hari di Bangkok.
Ketibaan Anwar untuk majlis sambutan rasmi di Government House disambut oleh rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan o-cha.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara Malaysia dan Thailand dimainkan, sebelum Anwar kemudiannya diiringi Prayuth bagi memeriksa barisan kawalan kehormat.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan langkah mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang.
Baca artikel berkaitan: Anwar tiba di Thailand untuk lawatan rasmi dua hari
Bidang yang menjadi tumpuan termasuk kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan, dan projek ketersambungan utama melintasi sempadan darat.
Selepas mesyuarat Anwar dijadual menandatangani Buku Pelawat Kerajaan, dan kedua-dua Perdana Menteri kemudiannya akan mengadakan persidangan media bersama selepas mesyuarat.
Anwar kemudiannya akan menghadiri majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Prayuth di Government House.
Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lepas. Ia merupakan lawatan rasmi Anwar sebagai Perdana Menteri ke luar negara selepas Indonesia, Brunei dan Singapura.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

