Anwar beri jaminan tadbir urus terbaik di Malaysia

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa Malaysia akan ditadbir dengan sebaiknya, selaras dengan konsep Madani dan akan bangkit daripada kelemahan sebelumnya yang berpunca daripada tadbir urus yang buruk, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai peluang untuk bangkit dan maju, kembali sebagai sebuah negara demokrasi penting dalam kecemerlangan ekonomi walaupun dengan pelbagai kekurangan sekitar tahun-tahun 90an.

“Kita (sebelum ini) jadi lemah lalu hilang arah disebabkan tadbir urus yang buruk, rasuah dan salah guna kuasa. Bagi Malaysia saya percaya negara dan rakyat berhak memperoleh yang lebih baik lagi,” katanya.

“Kini kita miliki peluang, biar apa sahaja yang dikatakan mereka mengenai saya dan rakan-rakan saya dalam Kabinet – satu perkara yang pasti ialah saya tidak akan bertolak ansur. Mereka (menteri Kabinet) menjadi teraju bagi memastikan Malaysia ditadbir dengan baik buat rakyat Malaysia.

“Inilah yang dimaksudkan dengan Madani buat rakyat Malaysia,” katanya dalam majlis minum petang bersama dengan rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok, sempena lawatan rasmi dua harinya ke Thailand.

Baca artikel berkaitan: Thailand bentang permaidani merah sambut ketibaan Anwar

Kira-kira 200 rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok menghadiri acara hari ini, dan turut hadir ialah Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Anwar berkata Malaysia di bawah kepimpinannya tidak akan berkompromi dengan rasuah.

“Rakyat Malaysia tidak boleh terima perkara ini (rasuah dan salah guna kuasa pentadbiran), Malaysia sebuah negara hebat, kita miliki kaum Melayu, Cina dan India yang hebat berwibawa.

“Mari kita bekerjasama, pilih yang terbaik, tolak rasuah, tolak mereka yang lemah yang hanya boleh bertahan disebabkan rasuah mereka,” katanya.

Anwar berkata beliau juga telah menyerahkan kuasa kepada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bagi memastikan mereka bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap.

“Sehingga kini, selepas dua bulan, kita telah bekerja dengan baik,” katanya.

Anwar berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama lebih erat dan rapat dengan Thailand dalam bidang keterjaminan makanan, teknologi maklumat dan pengangkutan.

“Saya berminat untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Thailand kerana ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara,,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata Malaysia dan Thailand berhasrat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang tertangguh.

“Keutamaan kita adalah untuk menyelesaikan pelbagai… Mesej kita jelas, bahawa kita akan melakukan apa sahaja yang wajar bagi memastikan hubungan yang cemerlang, dan menggunakan kecemerlangan ini bagi manfaat rakyat kedua-dua negara dari segi keterjaminan makanan, kehidupan, perdagangan, aktiviti bersama, usahasama dalam perniagaan dan perdagangan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This