KPDN dalam perbincangan beri insentif kepada pengusaha sedia Menu Rahmah

Dari Penulis

PEMBERIAN insentif kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan Menu Rahmah kepada pelanggan sedang dalam perbincangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat awal dan bentuk pemberian insentif belum diputuskan.

“Setakat ini kita belum umumkan insentif, tetapi perkara itu sedang dibincangkan, mungkin (contohnya) kedai mamak yang memerlukan pekerja untuk memasak, dari segi itu kita akan bantu untuk dapatkan tambahan pekerja.

“Kita belum meletakkan sebarang nilai fiskal dalam insentif itu, tetapi setakat ini, inisiatif Menu Rahmah adalah sukarela yang pengusaha dapat bersama-sama membangunkan ekosistem yang memahami masalah dihadapi rakyat dalam menangani kos sara hidup,” katanya pada sidang media selepas program Jalan-Jalan Cari Makan Menu Rahmah di Nasi Kandar KM Maju hari ini.

Baca artikel lain: SPRM siasat kerugian RM157 juta UiTM Holdings

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemberian insentif kepada pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah.

Fuziah berkata KPDN juga bersedia untuk berunding dan membantu pengusaha yang ingin menyediakan Menu Rahmah dari segi mendapatkan bekalan bahan mentah.

Berhubung pengusaha kedai makan dan restoran yang mengehadkan waktu penjualan Menu Rahmah, Fuziah berkata inisiatif itu disertai secara sukarela, bagaimanapun mereka diharapkan dapat menguar-uarkan waktu penjualan supaya pelanggan tidak kecewa dengan ketiadaan menu berkenaan.

Terdahulu, pemilik Nasi Kandar KM Maju Mohd Faisul Kabeebu berkata restorannya itu menyediakan dua set Menu Rahmah bernilai RM5 iaitu ikan atau ayam bersama nasi, sayur, kuah campur dan air suam.

Katanya, hidangan Menu Rahmah dijual bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This