“Pejuang tolak GTA, maknanya tolak saya sekalilah..” – Tun Mahathir

Dari Penulis

TUN Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, beliau memutuskan untuk keluar Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan memilih Gerakan Tanah Air (GTA) selepas melihat aliran PEJUANG tersasar daripada landasan sebenar penubuhannya.

Bekas Pengerusi PEJUANG itu berkata, tindakan parti berkenaan enggan bekerjasama dengan GTA, sekali gus menampakkan ia turut menolak beliau yang juga Pengerusi Penaja GTA.

“PEJUANG tolak (untuk bekerjasama dengan) GTA, maknanya ia tolak saya sekalilah. Saya dalam GTA dan PEJUANG sejak dulu lagi. Namun aliran PEJUANG nampak sudah lain sikit kini, sebab itu saya letak jawatan.

“Disebabkan saya masih ahli kedua-dua parti berkenaan (ketika itu), saya perlu pilih hendak berada dalam PEJUANG atau GTA. Jadi, saya pilih untuk bersama GTA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Forum Usahawan Bumiputera, ‘Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera dan Cabaran Masa Hadapan’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar PEJUANG bersama 12 lagi ahli lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This