PRN Johor: Calon tunggal Pejuang mohon diberi peluang tawar khidmat bakti di Gambir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CALON tunggal Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Suraya Sulaiman mohon diberi peluang untuk menawarkan khidmat bakti di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Suraya berkata, beliau merupakan anak tempatan yang telah dikenali masyarakat di kawasan itu.

“Saya merupakan anak jati di sini (Gambir) ingin menawarkan khidmat bakti kepada masyarakat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik ke Facebook Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pada 26 Jun lalu, Mukhriz mengumumkan Suraya sebagai calon tunggal Pejuang yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor ke-16 di kerusi DUN Gambir.

Pengumuman calon itu dibuat Mukhriz pada Majlis Perasmian Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon DUN Gambir di Kampung Simpang Lima Pekan, Bukit Gambir.

Suraya adalah Ketua Penerangan Pejuang Johor yang juga anak tempatan berasal dari Gersik, Tangkak.

Beliau adalah usahawan dalam bidang kesihatan dan kecantikan serta aktif dalam kepimpinan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau turut berpengalaman memperkasa komuniti wanita, belia dan institusi keluarga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kepimpinan akar umbi serta advokasi politik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This