SEBELAS lelaki tempatan termasuk seorang penghantar makanan ditahan selepas bergaduh di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian daripada penghantar makanan dan seorang lelaki pada pukul 2.30 petang.
Beliau berkata, pergaduhan tersebut menyebabkan kedua-dua pengadu mengalami kecederaan di kepala dan badan.
Katanya, punca kejadian dipercayai kerana salah faham berkenaan aktiviti yang dilakukan di rumah inap desa terbabit.
“Susulan itu, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 62 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Dua kumpulan longkai bergaduh berebut pelanggan, polis tahan 9 lelaki
“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh” katanya.
Ismail berkata, orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian sehingga boleh menjejaskan siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

