Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas 8km

Dari Penulis

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pisang, Batu 12, Gombak, Ahad lepas, kini diperluaskan kepada radius lapan kilometer.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba kini memfokuskan pencarian ke tempat takungan air berkumpul dari lokasi kejadian.

“Operasi SAR hari ini bagi mencari mangsa disertai 15 anggota bomba dan bermula pada 8 pagi tadi, kami mengharapkan agar mangsa segera ditemukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ahad lepas, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini, manakala rakannya terselamat.

Baca artikel : Mayat budak jatuh longkang di Ukay Perdana ditemui bawah timbunan sampah

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati laluan orang awam ke Sungai Pisang untuk beriadah ditutup dan dikawal ketat pihak polis, susulan operasi SAR berkenaan.

— BERNAMA

Tuesday , 14 February 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This