SEORANG kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, kelmarin, ditemui di bawah timbunan sampah petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis, mayat mangsa, Muhammad Riqullah Mohd Shafie ,10, ditemui pukul 5.10 petang, kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.
Media sebelum ini melaporkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dilakukan sehingga ke sempadan terowong SMART namun tidak menemukan sebarang petunjuk.
Baca : Remaja lembam lemas ketika mandi di Sungai Kombat
Pada hari ini, anggota bomba meneruskan SAR mencari mangsa sehingga tiga kilometer dari kawasan dipercayai terjatuh ke dalam longkang.
Malah, operasi ini mengalami kesukaran susulan air terlalu deras.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

