Darmas langgar pantang larang, bawa gelombang muzik pop etnik yang lebih segar

Dari Penulis

DALAM dunia serba moden dan kebanyakan penggiat seni tanah air menghala ke arah muzik antarabangsa, Darmas hadir memberi kelainan dengan dua lagu baru bertajuk Nelayan Moden kolaborasi bersama John Bear dan Pemegang Dunia bersama penyanyi kumpulan Nastia, Leo Azman.

Leo Azman

Darmas membawa gelombang pembaharuan kepada elemen tradisional melalui adaptasi dan aplikasi ke dalam muzik arus perdana. Menerusi dua buah lagu ini, mereka bukan sahaja mengekalkan instrumen seperti Rebana dan Kulintangan, malahan Darmas berjaya membawa intipati muzik Melayu yang menembusi budaya pop semasa.

Dengan mesej yang padat dan gaya penulisan lirik yang unik menjadikan Nelayan Moden mempunyai rohnya yang tersendiri.

John Bear yang juga merupakan penyanyi kumpulan Budak Nakal Hujung Simpang berasa amat berbesar hati apabila mendapat pelawaan untuk menyanyikan lagu ini.

John Bear

“Pada mulanya saya amat cemas dan gementar nak nyanyikan lagu ini. Saya sedar dengan kemampuan sendiri tetapi disebabkan kepercayaan dan tunjuk ajar, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.” katanya.

Proses rakaman tanpa ada tekanan amat membantu membina keserasian bersama. Kata John, dia berasa selesa dengan suasana kekeluargaan Darmas.

“Saya harap lagu berirama desa dan nusantara seperti ini kembali diterima ramai terutamanya oleh golongan anak muda yang mungkin sebelum ini kurang ada pilihan. Biarlah lagu ini memilih jalan takdirnya sendiri,” tambahnya berseloroh.

Pendekatan unik muzik Darmas dalam lagu Pemegang Dunia menggabungkan gaya muzik masa kini dan pengaruh muzik tradisional menyajikan sesuatu yang segar.

“Proses rakaman berlangsung dengan sangat mudah. Antara lagu yang paling sekejap saya rakamkan. Saya sudah mengenali kumpulan Darmas ni dari zaman kolej, jadi keserasian itu sudah ada.

“Genre untuk Pemegang Dunia ini tidak jauh dari apa yang saya bawa bersama Nastia, mungkin sebab itu juga Darmas memilih saya untuk berkolaborasi.

“Saya harap Darmas akan terus hasilkan karya-karya nusantara seperti ini. Genre mereka ini sangat kurang di Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, bagi Darmas pula, mereka mahu membuatkan pendengar berfikir selain dapat menyentuh perasan mereka dan menyampaikan mesej yang baik.

“Semoga muzik kita terus berevolusi,” kata Purnama Maqasuci yang juga merupakan penerbit bersama kumpulan Darmas.

Nelayan Moden dan Pemegang Dunia sudah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBox dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This