Adriana Adnan teruja berlakon dalam filem seram Emp4t, bakal temui penonton Mei depan!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara, Adriana Adnan meluahkan rasa teruja apabila ‘dilamar’ untuk membintangi filem seram berjudul Emp4t yang merupakan naskhah pertamanya.

Jelas Adriana, filem yang memulakan penggambaran pada 2021 itu pada mulanya hanya sekadar drama bersiri namun telah ditukarkan kepada filem selepas penerbit melihat karya tersebut mampu pergi lebih jauh.

“Saya sendiri tak sangka kerana ketika ia memulakan penggambaran pada 2021, Emp4t adalah drama bersiri. Kemudian, pihak produksi membuat keputusan untuk menjadikan ia filem.

“Jadi, saya kembali ke set penggambaran untuk menambah babak-babak yang diperlukan untuk mengembangkan lagi naskhah ini.

“Saya sendiri sangat teruja kerana ini merupakan filem pertama saya. Sekian lama beraksi dalam drama, saya berpeluang untuk mengasah bakat di layar lebar,” katanya kepada URTV.

Adriana berkongsi perkara berkenaan ketika ditemuo pada majlis pelancaran filem Emp4t terbitan Lomo Pictures di Alchemist Code, The Vertival, Bangsar South, baru-baru ini.

Kata Adriana, dia membawakan watak bernama Sri yang memiliki kelebihan untuk melihat yang tak dapat dilihat oleh orang lain dengan mata kasar.

“Filem Emp4t ini agak berlainan sedikit dengan watak-watak yang pernah saya bawa dalam drama lain sebelum ini. Agak mencabar juga sebab ini pertama kali saya terima tawaran genre seram.

“Saya bertuah sebab dapat bekerjasama dengan pelakon lain seperti Syafie Naswip, Alvy Joanna, Nur Farisha Amira dan ramai lagi,” ujarnya.

Emp4t mendapat sentuhan pengarah Silver Yee dan Ayez Shaukat Fonseka bakal ditayangkan kepada umum pada Mei hadapan.

“Sebelum ini, Lomo Pictures terkenal dengan jalinan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Produksi ini juga pernah menerbitkan filem Haunted Hotel, Small Town Heroes dan Gila Gusti.

“Kali ini filem Emp4t memberikan dimensi berbeza. Hasil kerjasama dengan Fortunes Studios, ANT3, TNT Food dan MyBest Global Express, filem ini berkisarkan mengenai sekumpulan remaja yang memiliki pelbagai latar belakang serta konflik memiliki pancaindera keenam. Kisah remaja yang mampu melihat dan merasai alam ghaib ini menjadi premis naskhah Emp4t,” kata Ayez Shaukat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This