Kenapa bayi kembung perut dan cara atasinya? Ibu kena ambil tahu

Dari Penulis

Bayi lazimnya mempamerkan riak protes, lapar, rasa tidak selesa, kembung perut dan mengantuk dengan satu cara mudah iaitu menangis. Bagi pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa kemungkinan tangisan anak kecil menerbitkan tanda tanya dan tekanan perasaan.

Masalah kembung perut di kalangan bayi boleh diatasi dengan mengelakkan bayi anda menangis dalam tempoh yang lama. Apabila bayi menangis terlalu lama, keadaan ini boleh menyebabkan wujudnya angin kolik atau perut masuk angin.

Bagaimana Mengenal Pasti Bayi Kembung Perut?

Bayi anda makan menangis sepanjang hari tanpa sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini ada waktunya berlarutan selama dua hingga empat jam sehari dan kembung perut melebihi lima hari. Lazimnya kembung perut bayi berlaku di usia bayi seawall dua minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi melangkah ke umur tiga bulan.

Apakah Penyebab Bayi Kembung Perut?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bayi anda mengalami kembung perut. Antaranya alahan terhadap laktosa, alergi terhadap susu lembu dan usus bayi yang belum matang. Keadaan usus bayi pramatang menyebabkan pencernaan karbohidrat berlangsung tidak sempurna. Bayi juga perlu disendawakan dengan betul sebaik saja bayi selesai menyusu badan atau bayi menyusu botol.

Awas kepada ibu bapa yang juga merupakan perokok tegar. Anda sebenarnya mendedahkan bayi anda kepada bahaya asap rokok. Ibu yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Simptom Kembung Perut Terhadap Bayi

Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua-dua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.

Adakah Masalah Perut Kembung Boleh Menyebabkan Masalah Penyakit Lain?

Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut.

Bagaimanakah Mengatasi Kembung Perut Bayi?

Lazimnya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur tiga bulan ke atas. Tiada rawatan khusus untuk mengatasi masalah perut kembung. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor akan memberikan ubat dimethicone bagi mengurangkan simptom perut kembung.

Langkah mudah mengatasi masalah perut kembung adalah dengan menyapu minyak panas yang sesuai dengan bayi terutamanya di bahagian abdomen bayi serta usap bahagian belakang bayi anda. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika merengek.

Bila Patut Anda Rujuk Masalah Kembung Perut Bayi Kepada Doktor?

Apabila bayi anda menangis seolah-olah dia dalam kesakitan, muntah, cirit-birit dan juga sembelit, demam secara tiba-tiba.

Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Masalah Perut Kembung?

1. Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai.

2. Sendawakan bayi sebaik selesai menyusu. Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak memudaratkan. Sebaliknya anda dinasihatkan untuk bersabar menangani masalah kembung perut bayi.

3. Sekiranya bayi anda tidak menunjukkan tanda-tanda kembali pulih dari masalah kembung perut, dapatkan rawatan profesional dengan segera. Diagnosis bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This