Dekorasi rumah bukan hanya tertumpu kepada renovasi, perabot dan susun atur, namun pemilihan langsir turut memainkan peranan bagi menyempurnakan ruang secara keseluruhannya.
Jangan sekadar memandang enteng dan beranggapan langsir hanya ‘sekadar ada’ di dalam rumah dan bagi menutup tingkap. Jadi ramai antara kita hanya mula merancang pemilihan tirai ini di akhir sentuhan dekorasi, malah ada yang membeli secara ‘readymade’ kerana merasakan ia tidak penting.
Episod VS WANITA kali ini akan memberikan anda 101 faktor kenapa pemilihan langsir penting bagi sempurnakan keseluruhan ruang rumah. Dan sebagai nilai tambah, langsir mampu berfungsi sebagai penapis udara di dalam rumah dengan penggunaan fabrik yang betul. Malah, seleksi warna langsir yang betul mampu membangkitkan mood dan mengurangkan stres serta memberikan ilham kreatif.
Ikuti temubual menarik bersama pakar langsir, Madam Hani dalam episod ‘Langsir – Sempurnakan Deko & Berkait Emosi!

