HARUMAINI Omar sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang susulan pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim berhubung kekosongan kerusi DUN Batang Kali.
Memetik laporan Sinar Harian, Harumaini yang menang kerusi DUN Batang Kali pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Bersatu berkata keputusan itu dibuat tanpa dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Menurutnya, beliau hanya mengetahui tentang keputusan tersebut melalui rakan-rakan dan hantaran di media sosial.
“Saya akan timbang untuk ambil tindakan undang-undang, tengok macam mana, kalau ada ruang saya inilah (tindakan susulannya), saya sendiri pun terkejut sebab saya tidak diberitahu awal.
“Kalau tak boleh (melalui perundangan) saya tengok macam mana, tetapi pada saya ini teknikal sahaja, mungkin kalau orang itu berpihak kepadanya dia minta buat surat, ‘back dated’ dan sebagainya.
“Ini semua perkara biasalah, (layanan) kepada pembangkang, tapi saya tiada masalah. Kalau itu takdirnya, saya reda kerana rezeki saya sampai di situ,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Tidak hadir sidang lebih 6 bulan, kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong
Semalam, Suee Lim dalam sidang media mengisytiharkan kerusi DUN Batang Kali kosong berkuatkuasa 28 Januari lalu ekoran Harumaini yang kini mewakili Pejuang tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan.
Suee Lim berkata, pengisytiharan itu dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Harumaini didapati tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 November 2022; 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022.
Pada masa sama, tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa Harumaini telah memohon kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

