Laungan azan tengah laut dan dikelilingi ikan sebesar bas, lelaki ini kongsi kisah bapa terapung lebih 24 jam di laut

Dari Penulis

Tiada apa yang dapat melawan kekuasaan Allah SWT. Pengalaman hanyut lebih 24 jam selepas bot karam yang dilalui Meris Dulin cukup luar biasa dan mendebarkan.

Menurut perkongsinya Asri Meris Anthony, bapanya hanya berpaut pada tong minyak sepanjang malam dalam keadaan laut bergelora dan ribut.

Apa yang luar biasa, bapanya dapat mendengar laungan azan yang cukup jelas di tengah laut dan menyedari kehadiran ikan sebesar bas yang mengelilinginya sewaktu hanyut.

“Part 1

Bismillahi Rahmanir Rahim

Atas permintaan rakan2, saya kongsikan beberapa perkara luar biasa yang bapa lalui sepanjang malam di tengah laut sambil berpaut pada tong minyak..

Sememangnya sukar untuk diterima logik akal, tapi dengan kebesaran kuasa Allah swt, segalanya tidak mustahil.

Dengan keadaan laut bergelora, hujan & ribut sepanjang malam, bapa hanya mampu berserah sepenuhnya kebergantungan kepada kuasa Allah swt..

Bapa hanya mampu berzikir berulang kali kalimat “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” tanpa henti.. Semakin kuat gelombang & ombak mengangkat bapa, semakin kuat lafaz kalimat zikir tersebut bapa lafazkan..

Sepanjang malam bapa langsung tidak tidur.. Bapa kata kalau bapa tertidur sudah pasti bapa akan tenggelam sebab kaki bapa sudah mulai kebas & “cramped”.. Daya & kekuatan kaki untuk mengapungkan badan pun sudah mulai hilang.. MasyaAllah.. Bapa hanya bergantung sepenuhnya dengan tong minyak untuk mengapungkan diri..

Menurut bapa, antara perkara luar biasa yang bapa lalui semasa malam tersebut adalah bapa mendengar laungan azan dengan begitu jelas. Bapa terkejut sebab bapa yakin dia berada jauh dari tepi pantai, tapi dalam keadaan laut yg “menjerit” dengan bunyi hujan, ombak serta angin tapi bapa dapat mendengar bunyi laungan azan dengan begitu jelas.. Subhanallah.. Patutlah setiap kali bila ada orang hilang kita dianjurkan untuk melaungkan azan.. Betapa besarnya kuasa Allah swt..

Satu lagi perkara “luar biasa” yang bapa ceritakan adalah kehadiran satu objek yang bersaiz agak besar yang mengelilingi bapa.. Menurut bapa, dia yakin objek atau “makluk” tersebut adalah seekor ikan besar.. Bila ditanya sebesar apa, bapa hanya boleh katakan tidak jauh dari saiz sebiji bas.. Tapi bapa tidak dapat melihat dengan jelas sebab mata bapa ketika itu sudah mulai pedih dan tidak dapat melihat dengan jelas.. Ya lah, lebih 24jam terapung di dalam laut masin.. Sudah pasti mata akan pedih & sakit.. Tapi yang pasti bapa boleh dengar jelas bunyi dengusan “ikan” tersebut semakin menghampiri bapa.. Bapa hanya mampu menutup mata & menanti utk sebarang kebarangkalian yang berlaku..

Alhamdulillah, menurut bapa “ikan” tersebut hanya mengelilingi bapa beberapa kali dan hilang begitu sahaja..

Nnt kami sambung part ke-2 ok..

p/s: gambar di bawah hanya gambaran suasana malam yang bapa lalui dgn gelombang ribut, ombak & hujan sepanjang malam di tengah2 laut sejauh 7 batu dari darat.”

Terdahulu, Meris Dulin hanyut selepas bot yang dinaikinya untuk memancing karam selepas dipukul ombak di perairan Karambunai, Kota Kinabalu Sabah.

Selepas lebih 30 jam, dia berjaya ditemukan dan diselamatkan oleh kru Kapal KD Sundang, Tentera Laut Diraja Malaysia di perairan Sepanggar.

Kredit : Asri Meris Anthony


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This