SEORANG ketua polis parah selepas helikopter yang dinaiki bersama beberapa pegawai polis melakukan pendaratan cemas di Hutan Kerinchi, Jambi, Indonesia, semalam.
Memetik laporan Detik.com, Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo berkata, Ketua Polis Jambi, Inspektor Jeneral Rusdi Hartono mengalami patah tangan dalam kejadian terbabit.
Video penuh di bawah ⬇️
Netflix United Kingdom – ofer as idiot TV Programmes Online, Watch
Jelasnya, Rusdi diberikan keutamaan dilokasi dan masih diberikan rawatan.
“Setakat ini terdapat 20 orang pasukan penyelamat telah mendarat di lokasi kejadian bagi membantu mangsa,” ujarnya.
Baca artikel : Pesara polis maut dilanggar pelajar UiTM
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Jambi, Komisioner Mulia Prianto berkata, pasukan operasi dan menyelamat (SAR) berjaya mendarat di hutan Kerinci dengan menggunakan tali helikopter dan terus menuju ke arah mangsa pada tengah hari tadi.
Katanya, pasukan SAR telah memberikan bantuan perubatan awal dan membuka kawasan hutan sebagai persiapan pendaratan helikopter.
Difahamkan, operasi SAR turut berdepan dengan halangan ekoran hujan lebat di lokasi kejadian.
Antara pegawai polis yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah Pengarah Polis Siasatan Jenayah, Andri Ananta Yudistira, Ketua Pengarah Polis Jambi, Michael Mumbunan dan Pegawai Penyelaras Komisioner Polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

