Wang pelanggan prabayar Digi RM3.4 juta babit aktiviti haram dilucuthak

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam hari ini membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak baki wang akaun prabayar dari 533 pelanggan Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) berjumlah RM3,417,981.66.

Permohonan itu dibenarkan oleh Hakim Rozilah Salleh selepas meneliti afidavit-afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan pelucuthakkan, pagi ini.

Dalam prosiding itu, Digi selaku responden yang diwakili oleh penasihat undang-undangnya, V. Muraliharan turut memberitahu mahkamah pihaknya tidak membantah permohonan tersebut.

Dalam permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang dikendalikan oleh Allan Suman Pillai dan Mohd Syahron Idris memaklumkan, kesemua baki wang berkenaan disyaki digunakan oleh pelanggan-pelanggan syarikat telekomunikasi itu menggunakan akaun prabayar mereka sebagai platform simpanan wang bagi tujuan aktiviti haram seperti judi.

Penasihat Undang-Undang Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi), V. Muraliharan (kanan) ketika hadir mewakili syarikat telekomunikasi berkenaan ke prosiding bagi permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk melucutkan hak baki wang akaun prabayar dari 533 pelanggan Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) berjumlah RM3,417,981.66 yang digunakan untuk tujuan aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, lebih 60 pelanggan dengan 127 akaun daripadanya didapati tidak melibatkan aktiviti haram, dan Digi telah memulangkan sejumlah RM835,639.40 kepada pelanggan-pelanggan tersebut.

“Jadi permohonan itu melibatkan aktiviti-aktiviti haram daripada baki akaun milik 533 pelanggan (773 akaun prabayar) berjumlah lebih RM3.4 juta,” katanya.

Menurut afidavit permohonan, Digi telah menjalankan siasatan dalaman berhubung ketidakpuasan hati pelanggannya selepas mereka menerima banyak pesanan ringkas (SMS) yang mempelawa pelanggan menyertai judi atas talian.

Digi selaku responden juga memberitahu bahawa pihaknya tidak menyediakan platform judi atas talian, Republik GG sebaliknya dikawal sepenuhnya oleh syarikat Inonex.

Dalam keterangannya turut menyatakan bahawa nilai kredit di dalam kad prabayar boleh dimanipulasi untuk bermain judi dalam talian.

Susulan itu, siasatan SPRM mendapati terdapat pengguna kad prabayar mempunyai nilai baki kredit mencurigakan dan dipercayai digunakan bertujuan untuk kegunaan pengubahan wang haram atau aktiviti haram.

Hasil siasatan itu telah membawa kepada penyitaan wang berjumlah RM4,253,621.09 yang sebelum itu disita oleh Digi.

Responden kemudian diarahkan untuk mengeluarkan notis sebanyak empat kali kepada pengguna-pengguna berkenaan dengan memaklumkan kepada mereka untuk membuat tuntutan terus dengan pihak SPRM bermula dari tarikh 21 November 2020 sehingga 15 Jun 2021.

Ekoran itu, 60 individu daripada 593 pengguna prabayar berkenaan telah membuat tuntutan balik dengan SPRM dan berjaya mendapatkan semula baki kredit akaun pra-bayar Digi mereka setelah didapati tidak terlinat dalam kegiatan pengubahan wang atau aktiviti haram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This