Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan kulvert dalam satu kemalangan di kilometer (KM) 41, Jalan Kota Bahru-Kuala Krai, lewat malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada pukul 12.01 tengah malam.

Katanya, dalam kejadian pada pukul 11.50 malam itu, kereta jenis Toyota Prius yang dipandu oleh seorang lelaki warga China dan empat lagi penumpang senegaranya dalam perjalanan dari Temangan, Machang menuju ke Tok Bali, Pasir Puteh dengan berpandukan aplikasi peta navigasi.

Baca: 12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

Bagaimanapun, kenderaan tersebut dipercayai telah memasuki kawasan tapak projek pembinaan kulvert yang belum dibuka kepada orang awam lalu terjatuh ke dalam gaung.

“Kesemua lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan antara 40 hingga 66 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

“Pihak polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan papan tanda amaran, dan penghadang di kawasan kerja pembinaan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada aplikasi navigasi terutamanya pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Azuhar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat awal sehingga membolehkan tindakan pantas diambil bagi menyelamatkan mangsa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This