SEORANG anggota polis cedera dalam kemalangan dua buah motosikal di Kilometer 82, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, Kampung Chedok, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, anggota polis yang dikenali sebagai Razali Pairan, 39, dalam perjalanan dari Jeli ke Tanah Merah bersama pasukan unit rondaan bermotosikal (URB).
“Sampai di tempat kejadian, seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun yang berada di bahu kiri jalan telah mengubah haluan dan masuk di antara pasukan URB lalu berlaku perlanggaran dengan motosikal Razali Pairan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Ketua Polis Jambi parah selepas helikopter mendarat cemas dalam hutan
Akibat kemalangan itu, anggota terbabit terbabas ke parit ketika cuba mengelak telah mengalami cedera ringan di kaki kanan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Ayer Lanas.
Sementara penunggang motosikal yang terjatuh di atas jalan mengalami luka di kepala dan tangan kanan dan dibawa ke Hosital Jeli bagi rawatan lanjut.
Katanya, semakan mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN166/59.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

