Gereja ini dipenuhi ribuan tengkorak dan tulang temulang manusia

Dari Penulis

SEBUAH gereja tua yang terletak di Poland amat berbeza dengan kebiasaan rumah ibadah yang lain. Apa yang aneh, gereja ini dipenuhi ribuan tengkorak dan tulang temulang.

Terletak di bandar paling tua di Poland, Gereja St.Bartholomew dibina pada tahun 1776 di Czermna dalam daerah Kudowa. Gereja ini dipanggil ‘Kaplica Czaszek’ oleh masyarakat setempat.

Pada asalnya, kawasan gereja ini merupakan kubur-kubur mangsa yang terlibat dalam Perang 30 Tahun (1618-1648), Perang Silesian (1740-1763), selain mangsa-mangsa akibat wabak penyakit dan kebuluran.

Sewaktu gereja ini dibina pada tahun 1776, paderi Tomasek mendapat ilham untuk menghiasi gereja tersebut dengan tulang temulang yang mudah didapati di sekitar kawasan gereja itu. Dia mendapat idea ini semasa mengembara ke Rom apabila melihat sebuah gereja yang dihiasi dengan tengkorak.

Dari situ, mereka sepakat untuk menghiasi gereja ini dengan tulang temulang dan tengkorak yang sebenar, satu kelainan berbanding menghias gereja dengan cara lama.

Gereja ini dipenuhi dengan tulang temulang manusia di dalamnya.
Salah satu pemandangan di dalam gereja ini.

Pada masa tersebut, amat mudah untuk mendapatkan tengkorak dan tulang temulang manusia. Selama 18 tahun, Tomasek dan sahabatnya mengembara ke seluruh Poland untuk mengutip tulang-tulang manusia yang mati angkara peperangan dan wabak penyakit.

Tomasek akan mengikut anjing tempatan yang akan bergerak mengorek tanah untuk mencari tulang. Di situlah dia akan memilih tulang terbaik untuk dibawa pulang ke gerejanya.

Mereka menghias aras utama gereja dengan hampir 3,000 tengkorak dan tulang manusia di dinding. Namun, bukan itu sahaja yang akan membuatkan pengunjung terkejut. Di tingkat bawah yang boleh dimasuki melalui sebuah pintu yang tersembunyi, terdapat lebih kurang 21,000 lagi tengkorak dan tulang manusia yang mati dalam peperangan dan penyakit.

Apabila Tomasek meninggal dunia, tengkorak dan tulang mereka juga dipamerkan dalam gereja tersebut. Ia sebagai penghormatan kepada orang yang telah memulakannya, kerana itu tengkorak dan tulangnya diletakkan di ruang hadapan gereja.

Kini, gereja ini mengandungi puluhan ribu tengkorak manusia dan tulang temulang di dalamnya. Gereja ini yang juga digelar sebagai ‘Gereja Tengkorak’ merupakan satu-satunya yang berada di Poland, dan antara enam gereja yang menyimpan tengkorak manusia di sekitar Eropah.

Gereja Tengkorak.

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This