Pulut dakap sangat popular di Pantai Timur dan di Utara terutamanya di Kedah. Pulut dakap merupakan menu yang mengenyangkan dan berkhasiat, sesuai untuk sarapan. Untuk menghasilkan pulut dakap yang sedap, sebaiknya menggunakan pisang raja.
Ini kerana pisang raja tidak lembik bila dikukus. Tetapi boleh sahaja menggunakan pisang awak atau pisang abu, Tetapi tekstur pisang sedikit lembik. Ia terpulang pada cita rasa masing-masing, ikut mana suka.
PULUT DAKAP
BAHAN
500 gm beras pulut – rendam 3 jam
250 ml santan
Secukupnya pisang raja
Garam dan gula
Daun pisang secukupnya – layurkan
Tali rafia
BAHAN KELAPA MANIS
½ biji kelapa parut – putih sahaja
4 sudu besar gula
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Kukus pulut selama 20 minit. Angkat dan keluarkan.
- Campurkan santan dengan sedikit garam, kemudian gaul bersama pulut. Kukus lagi selama 10 minit atau sehingga pulut lembut.
- Ambil sehelai daun pisang yang telah dipotong empat segi. Letakkan pulut di atas daun pisang. Tekan pulut supaya rata dan nipis.
- Salutkan pisang dengan gula dan letakkan di atas pulut.
- Balut pulut dengan kemas, seperti membungkus lepat pisang.
- Kemudian dakapkan dua bahagian pulut yang telah siap dibalut, ikat dengan tali rafia.
- Kukus selama 40 minit dengan api yang sederhana. Balik-balikkan pulut dakap supaya masaknya sama rata.
- KELAPA MANIS : Satukan ke semua bahan, sebatikan rasa garam dan gulanya. Bolehlah dihidangkan dengan pulut dakap.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

