Ahlan Wa Sahlan..! Selamat datang ke The Grand Campbell Hotel. Tidak berapa hari sahaja lagi, Ramadan bakal tiba. The Grand Campbell Hotel kembali memeriahkan suasana bulan Ramadan, dengan hidangan bufet berkonsepkan Hidangan 1001 Rasa, dengan menawarkan lebih dari 100 menu berbuka yang pastinya menjadi pilihan warga kota.

Menu lauk-pauk kampung yang disajikan antaranya gulai daging salai, paru goreng berlado, ayam masak hitam, kubis masak lemak, sambal bilis petai, udang masala, kambing panggang, pecal, ikan bakar, ulam-ulaman, kerabu,aneka bubur, kuih-muih, kek, buah-buahan, aneka minuman dan mi kari dengan harga yang sangat berpatutan.






Istimewanya pada tahun ini, pengunjung akan dapat merasai air tangan selebriti terkenal Syed Muradzi Syed Shamsul atau lebih dikenali sebagai Dee Jangan Ketawa, yang akan menyediakan hidangan lauk-pauk warisan Utara, resipi arwah ibunya seperti gulai kari ikan kering tumis darat dan pelbagai aneka masakan kari. Sambil menikmati juadah, pengunjung turut dihiburkan dengan celoteh dan persembahan Dee di sepanjang bulan Ramadan ini.

The Grand Campbell Hotel yang terletak di Jalan Dang Wangi ini, menyediakan hidangan bufet Ramadan pada harga RM 78 (Dewasa) dan RM 55 (Kanak-Kanak) yang akan berlangsung dari 27 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. Setiap pembelian 10 pax percuma untuk 1 pax.

Selain itu, turut disediakan pakej penginapan Ramadan Staycation menginap sambil membeli-belah di Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman pada harga RM 150 bersih (Bilik Superior berserta Sahur untuk 2 pax) dan RM 300 bersih (Bilik Superior berserta bufet Ramadan dan bufet Sahur untuk 2 pax).

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan dan Hartanah Shapadu, Zarimah Mohamed,“Selain memperkenalkan pakej bufet Ramadan, The Grand Campbell Hotel turut menyediakan pakej perkahwinan yang diadakan di Dewan Utama yang boleh memuatkan 500 orang pada satu masa, dilengkapi 153 bilik superior, deluxe dan esksekutif, tiga bilik seminar dan satu ruang majlis tertutup untuk 100 orang. Di samping itu juga, pihak pengurusan bakal memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan sehingga 4,000 orang pengunjung, yang terletak di tingkat empat,” ujarnya .

Tambah Zarimah, “Selaras dengan imej Kompleks Campbell yang kini meraikan ulang tahun ke-50 penubuhannya, pihaknya ingin mengetengahkan aktiviti seni dan budaya, yang akan dijadikan sebagai platform untuk memupuk semangat sayangkan seni budaya lama dengan kepelbagaian aktiviti yang diadakan,” katanya.
Tegas Zarimah lagi, Kompleks Campbell ini satu-satunya bangunan vintage yang akan mengumpulkan penggiat seni dan usahawan luar bandar, yang tiada tempat untuk memasarkan produk tempatan yang diusahakan oleh mereka.
Kedudukan lokasi Kompleks Campbell ini yang strategik, menjadikan The Grand Campbell Hotel tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya di bulan Ramadan.
Sebarang tempahan boleh terus menghubungi Puan Fadzlina Fadzilah di talian 012-4971600/018-9767177 atau emel [email protected]

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

