Peragut Jalan Kelochor, Kota Bharu sudah ditahan polis

Dari Penulis

DUA lelaki yang terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita di Jalan Kelochor, Kota Bharu, pada 16 Februari lalu ditahan polis petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dalam kejadian pukul 10.35 pagi itu, mangsa seorang wanita Cina berusia 54 tahun diragut sehingga terjatuh ke jalan raya.

“Mangsa mengalami luka kecil pada lengan, tangan kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab ll,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek dua lelaki Melayu berusia 39 dan 31 tahun ditahan pada pukul 6.30 petang bersama sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian.

Baca artikel : Peragut hanya sempat lari sejauh 10 meter sebelum dicekup orang ramai

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan dadah,” ujarnya.

Mohd Rosdi berkata, kedua-dua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Nur Asminda Mohd Apandi di talian 017-2509251.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mesyuarat tergempar PN bincang isu keanggotaan esok

SATU mesyuarat tergempar dilapor akan dilaksanakan Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan isu keanggotaan parti dalam gabungan itu, malam esok. Difahamkan,...

More Articles Like This